Wednesday, November 13, 2013

Rebel kehidupan




Hari ni, tengok post dalam FB semua bercerita tentang keputusan UPSR adik@sepupu@anak buah@kaum kerabat mereka. Bagi yang kaum kerabat mereka dapat 5A, dijanjikan hadiah, PS4, dan lain-lain. Betapa seronok nya menjadi kaum kerabat 'mereka' itu.

Ya. Dulu keputusan UPSR aku mmg x se'gah' 5A. Kemon.. Tak kan korg nak berharap setinggi gunung kepada budak kelas paling hujung untuk dapat 5A???


Kompom tak lah kan. Ya. Aku dalam kelas yang terakhir. Tapi bila keluar keputusan UPSR, aku dapat 3A 2B. Dan time zaman aku dulu, yang dpat 5A xsmpai 15 orang xsilap. Tapi dalam family, kiranya aku paling tinggi la pencapaian UPSR nya walaupun 3A2B.

Tapi bukan itu yang menjadi isu harini, Isu berbalik kepada hadiah atau reward kepada anak yang mendapat 5A. Tak menjadi kesalahan nak reward anak. Tapi apa akan jadi pada anak yang tak dapat menepati syarat kepada hadiah yang memang mereka dah lama impikan? Disitu lah terjadinya REBEL. bila tak dapat, memberontak. Bila memberontak, hilang semangat untuk belajar. Mula 'TAK NAK LAH BELAJAR. Adik tak pandai, kompom lah tak dapat PS4'. 

Maka, jangan jadikan 'Dapat 5A, ayah bagi adik PS4, Iphone 5S, Ipad XBOX.' 

Tapi, jadikan 'Belajar sampai cerdik supaya adik boleh beli atas kemampuan adik sendiri'




Ingat, kehidupan seorang kanak-kanak bukan bergantung pada keputusan ujiannya sahaja. Tetapi makna kehidupan lebih meluas menjangkaui berapa banyak A yang diperoleh dalam sijil. 

~kj~

No comments: