Tuesday, November 26, 2013

Muhasabah Kalau tak jadi Musibah

Cerita dari seorang yang agak luas ilmunya

Pak Level Ustaz (PLU)

PLU: Kita ni nak bwt yang Islam suruh ada caranya. Ni, dah tau orang tu buat salah, kita makin beban kan dia. Maki dia, cakap kurang didikan agama.

Yang kita ni, dah 'BANYAK SANGAT DIDIKAN AGAMA', hah, apa lagi. Ajar la depa. Dah tau depa ada ciri-ciri nak jejak neraka, tugas kita untuk tarik depa masuk syurga. Itu kerja Khalifah. Kita ni lah Khalifah.

Ini tidak, Sekarang ni dah akhir zaman. Yang perasan dah book awai masuk syurga, sesuka hati cakap "hang ni salah. hang ni tak betoi. Hang berdosa. Hang masuk neraka'.

Amboi, dia dah challenge Allah, ambil tugas malaikat letak dosa pahala orang. Dengan dia-dia sekali book sama masuk neraka.



Akak Cool sangat terkesan dengan cerita ni. engkau orang macam mana pulak?



Tuesday, November 19, 2013

Sindrom Like Share Comment Tag Edisi Jenayah Siber

Kau copy dan kau paste.
Kau Control + C dan kau Control + V
Kau Like terus kau Share
Kau Comment dan kau Tag

Mana pernah kau fikir akibatnya
Mana pernah kau selidik sumbernya
Mana pernah..


Yang kau tahu kau kena Like
Yang kau tahu kau wajib Share

Yang kau tahu kau harus Tag
Yang kau tahu kau patut Comment

Kalau Comment pulak,
ayat kau mesti nak paling tajam,
ayat kau kena nak paling alim
ayat kau jugak nak paling unbeatable (tidak boleh dibidas lagi)
kau fikirlah Sindrom apa yang kau ada

Kalau Share pulak,
kau mesti nak Share kat semua sedara mara kau
kau mesti nak Share kat semua wall page yang kau ada
kau mesti nak Share kat semua Fan Page yang ada.
kau fikirlah Sindrom apa yang kau ada

Kalau Tag pulak,
kau harus nak tag kawan yang ada
kau harus tag semaksimum yang boleh
kau fikirlah Sindrom apa yang kau ada

oh lupa.
orang macam kau mana nak fikir.
orang macam kau mana nak selidik
orang macam kau mana boleh duduk diam
orang macam kau mana boleh nak kalah
ya..orang macam kau..
Sindrom


Wednesday, November 13, 2013

Rebel kehidupan




Hari ni, tengok post dalam FB semua bercerita tentang keputusan UPSR adik@sepupu@anak buah@kaum kerabat mereka. Bagi yang kaum kerabat mereka dapat 5A, dijanjikan hadiah, PS4, dan lain-lain. Betapa seronok nya menjadi kaum kerabat 'mereka' itu.

Ya. Dulu keputusan UPSR aku mmg x se'gah' 5A. Kemon.. Tak kan korg nak berharap setinggi gunung kepada budak kelas paling hujung untuk dapat 5A???


Kompom tak lah kan. Ya. Aku dalam kelas yang terakhir. Tapi bila keluar keputusan UPSR, aku dapat 3A 2B. Dan time zaman aku dulu, yang dpat 5A xsmpai 15 orang xsilap. Tapi dalam family, kiranya aku paling tinggi la pencapaian UPSR nya walaupun 3A2B.

Tapi bukan itu yang menjadi isu harini, Isu berbalik kepada hadiah atau reward kepada anak yang mendapat 5A. Tak menjadi kesalahan nak reward anak. Tapi apa akan jadi pada anak yang tak dapat menepati syarat kepada hadiah yang memang mereka dah lama impikan? Disitu lah terjadinya REBEL. bila tak dapat, memberontak. Bila memberontak, hilang semangat untuk belajar. Mula 'TAK NAK LAH BELAJAR. Adik tak pandai, kompom lah tak dapat PS4'. 

Maka, jangan jadikan 'Dapat 5A, ayah bagi adik PS4, Iphone 5S, Ipad XBOX.' 

Tapi, jadikan 'Belajar sampai cerdik supaya adik boleh beli atas kemampuan adik sendiri'




Ingat, kehidupan seorang kanak-kanak bukan bergantung pada keputusan ujiannya sahaja. Tetapi makna kehidupan lebih meluas menjangkaui berapa banyak A yang diperoleh dalam sijil. 

~kj~

Perubahan

Manusia perlu berubah. 

Daripada sikap yang negative kepada yang positif.

Dan kali ini, dah masuk kali ke3 belog ini diubah namanya..

Kenapa? 

Jangan ditanya.

Lihat sahaja pada perubahan yang akan berlaku......